Ahad, November 08, 2009

Surat terbuka buat Cik Pa

Sebelum aku meneruskan langkah penulisan ini.
Terlebih dahulu aku ingin jelaskan serba sedikit tentang Cik Pa.
Of kos..Cik Pa bukan lah nama sebenar..
Tapi sedikit tempias tentang nama itu ada perkaitan tentang manusia Cik Pa ini.

Cik Pa ini tak makan saman orangnya.
Degil, dalam erti kata lain.
Boleh juga diibaratkan seperti;
Rumah kata berambus, Kubur kata 'lai..lai..'
Perangai Cik Pa ini suka lah aku ibaratkan seperti;
Tahi keras yang tersumbat disaluran rektum kerana sembelit

Kalau boleh, mahu saja tangan masuk disumbat kan kedalam jubur untuk mengeluarkannya.
Tapi,apa kah daya...hajat tak terlaksana.

Baiklah..sesudah aku puas menerangkan perangai Cik Pa dalam bahasa tersendiri.
Biarkan aku terus saja..
Cik Pa merupakan PErokok Tegar.
Seumur hidupnya memberi jin makan asap rokok itu.
Tak kira dimana.
Di dapur sambil menumbuk sambal lada mahu pun mengisap rokok dibilik air.
(Jangan tanya aku apa rasional merokok dibilik air..tapi menurut sumber dipercayai..ia melancarkan berak seseorang itu..lalalalala)

Tak berapa lama dulu, Cik Pa berjaya menempatkan dirinya diwad kecemasan kerana kegagalan hati.
Tahniah Cik Pa kerana berjaya menyusahkan hidup semua orang ya..
Bukan kerana sakit hati atau nama Inggerisnya Annoyed.
Tapi sakit hati...liver.
Yang menyebabkan dia mendapat Hepatitis.
Habis hidup anak dan mehantu bertukar topsy-turvy.
Tahniah Cik Pa.
Aku sangka Cik Pa tidak hidup lama..
TApi jangkaan tu meleset sama sekali/
Cik Pa dianugerahkan Allah untuk hidup kali ntah keberapa..

Malangnya, Cik Pa tetap TIDAK memilih untuk hidup dengan cara yang sihat.
Dia memilih untuk terus menyusahkan hidup isteri dan anak-anak..serta mehantunya dan cucu-cucu nya.
Sekali lagi dia masuk wad.
MAka berbondong-bondong lah anak-cucu-mehantu melawatnya.
MEnjaganya.
TErmasuk berduka cita keranannya.
Aduh malang sungguh.
KEsian benar aku pada anak-cucu-isteri dan menantu kerana sekali lagi..
Angkara Kedegilan Cik Pa..
Dia disumbatkan kewad.

Nampaknya dalam umur yang sudah senja..amat mustahil untuk Cik Pa membuang tebiat rokoknya.

Disini aku ingin mencadangkan..sebelum Cik Pa menyusahkan orang lain.
Apa kata cik Pa tamatkan saja riwayat Cik Pa.
Sekurang-kurangnya mereka yang tersayang akan disusahkan dengan membuat persiapan Cik Pa ke alam lain sahaja.
Ini tidak..masuk-keluar-masuk keluar wad..
Ape kes wahai Cik Pa. Kalau 10x demikian,10x manyusahkan..

Kasihani lah mereka yang tinggal serumah denganmu, yang makan hati menghidu asap rokok..dan berpotensi menjadi perokok pasif kerana syok menghidu asap. Bonus: barah disertakan sekali.
Hadiah Cik Pa pada yang tersayang.
Dan menggigit jari apa bila melayan kerenah CIk Pa yang terlalu asyik keluar-masuk wad.

~Cik Pa: buatlah tindakan yang 'bijak'

0 makian dan cacian: